Tuesday 20 March 2012

PENCAHAYAAN KREATIF.


PENCAHAYAAN KREATIF.

Cahaya memainkan peranan yang sgt penting dalam fotografi, tanpa cahaya tiada fotografi, kerana maksud fotografi itu sendiri adalah seni merakam cahaya.
Imej yang bermakna bergantung kepada sumber cahaya. Jika tersalah expose mungkin gambar menjadi cerah atau underexposed. Penilaian dalam menentukan exposure byk bergantung kepada subject utama.
Cahaya secara asa terbahagi kepada 2, iaitu;
1. Cahaya Natural
2. Cahaya Artificial
Natural Light mempunyai kekuatannya yang tersendiri, kerana ia boleh menonjolkan mood pada subject utama.. Natural Light mempunyai suhu cahayanya yang tersendiri.. moodnya boleh bertukar mengikut mesej yang ingin disampaikan.
Bayangkan jika kita ingin memotret subject dibawah lampu lilin 3000K, suatu suasana yang benar2 hangat… dan warna yang kekuningan… mood ini mudah kita capai untuk menjelaskan suasana sekeliling… tiba2, kita dimatikan dengan kilauan flash (5500K) yang mematikan semua mood, menghilangkan suasana yang hangat… dan menghasilkan bayang2 yang harsh.. errghhh….. potong stim….
Mengawal natural light juga merupakan suatu seni, dan bukan mudah untuk mengawalnya.. tetapi jika kita boleh mengawalnya, ia merupakan suatu kebolehan yang mmg lumayan… kita tidak perlu berbelanja banyak.

Photo taken by Artificial Light, Canon G11, ISO100 1/125s f/4.5, 1 unit Artificial Light with relector.Photo taken by Artificial Light, Canon G11, ISO100 1/125s f/4.5, 1 unit Artificial Light with relector. 
Jika mengawal cahaya natural mmg susah. jadi apa yang mudah??? persoalan ni ramai yang bertanya… he he he.. yang mudah adalah menggunakan artificial light…. tetapi pastinya perbelanjaan peralatannya mungkin agak mahal… artificial light membenarkan kita membuat setting yang kita suka… kita boleh mengawal punca dimana cahaya itu hendak di letakkan… kita boleh mengawal kekuatan cahayanya.. kita boleh mengawal lembut atau kasarnya cahaya tersebut.. dan sebagainya…

Friday 16 March 2012

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya  2012  

hot air balloon
Fiesta tahunan Edisi keempat Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi bermula dari 15 hingga 18 Mac 2012 menampilkan 25 buah belon udara panas dari 12 buah negara.
Fiesta 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.
Mengekalkan tema 2011 “1Dunia. 1Malaysia. 1Fiesta” (1World. 1Malaysia. 1Fiesta) Tugu Millennium di Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah fiesta yang menyeronokkan ini.
Antara negara yang mengesahkan penyertaan mereka adalah Amerika Syarikat, Belgium, Poland, Belanda, Perancis dan Thailand.
Pada satu daripada empat hari itu, pemilik-pemilik belon akan menghidupkan pembakar propana dan membiarkan belon mereka naik, dan mencetuskan panorama yang indah. Satu pertunjukan bunga api akan turut mewarnai langit pada malam itu.
Pertunjukan cahaya malam ini akan berlangsung pada 17h Mac.
Tengku Abdillah Tengku Hassan, Presiden Persekutuan Sukan Penerbangan Malaysia berkata acara tahun ini akan memperkenalkan satu elemen baru iaitu satu permainan yang dikenali sebagai ‘Hare and Hound’ (Arnab dan Anjing Pemburu) bagi pemilik belon udara panas.
Pada setiap hari sepanjang fiesta, sebuah daripada belon udara panas milik Malaysia berperanan sebagai ‘hare’ di mana ia akan terapung jauh, sebelum belon yang lain naik, bermain sebagai hound. Objektif hound ialah untuk mengambil laluan yang sama dan mendarat di tempat yang sama, setepat yang mungkin.
Belon udara panas yang mengumpul bilangan mata tertinggi mata akan diumumkan sebagai pemenang pada hari terakhir acara.
Selain daripada acara utama, acara ini juga akan menyaksikan fiesta basikal, ragbi ‘street touch’, bersiar dengan helikopter, aktiviti sukan air dan aktiviti sukan lasak.

JOM!!!!!!!!

Shahrizal

ini cara aku...cara korg?..:)


Tutorial kali ini adalah teknik yang simple untuk mengedit gambar yang kurang atau senang kata gambar pudar.  Agak mengecewakan juga kalau gambar yang kita snap terutamanya moment-moment yang menarik menjadi pudar dan suram.  Gambar-gambar yang pudar ini sering terjadi jika kita menggunakan camera dari handphone. Anda boleh menggunakan perisian adobe photoshop cs4 untuk melakukan proses mengedit. Orait let’s go…
Step 1 :
Buka gambar yang nak di edit terlebih dahulu.

Step 2 :
Select Filter > Sharpen > Sharpen
Selepas itu select duplicate layer background dan tukarkan blend mode daripada normalkepada soft light
Step 3 :
Duplicate layer yang telah ditukar kepada soft light tadi
Kemudian select Filter > Blur > Gaussion Blur dan setkan radius 10 pixels.
Tukarkan blend mode daripada soft light kepada overlay dengan opacity 20 %

Step 4 :
Duplicate lagi layer tadi 
Selepas itu change blend mode daripada overlay kepada color dodge dengan opacity 10 %, orait siap….. 
                                                                              Sebelum                                                                  Selepas           
Cara ini adalah cara yang biasa aku gunakan untuk mengedit gambar, senangkan. Have a nice day…………
p.s : sesungguhnya saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Cartoon drawing


Cartoon drawing photoshop images effect, ok kepada sesiapa yang dah tahu teknik ini diam-diam sudah dan kepada mereka yang belum mengetahui teknik ini ok jom kita try buat…. 
Step 1 :
Buka gambar yang anda ingin manipulate. Pastikan image yang dibuka berada di dalam mode RGB, macam mane nak check, ok apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke Image under the menu bar – Mode – RGB Color.  Selepas itu duplicate layer image tersebut.
Step 2 :
Sekarang kita akan aplikasikan Poster Edge filter, apa yang perlu dilakukan ialah selectFilter >Artistic > Poster Edge
Step 3 :
Selepas Poster Edge Filter diaplikasikan adjustkan Brightness & Contrast dengan nilai Brightness 10%  and Contrast  30%.

Step 4 :
Kemudian kita akan jadikan image tersebut kelihatan seperti cartoon, select Filter > Artistic > Cut Out, orait siap…..
 
Have a nice day :)

How To Add Brusheh In Adobe


Ramai yang dah tahu cara untuk add brusheh dalam adobe photoshop dan ramai juga yang masih belum tahu cara-cara untuk add brusheh dalam adobe photoshop, orait macam biasa jom kita try buat.
Step 1 :
Okey perkara pertama sekali yang perlu korang lakukan ialah mencari brusheh yang menarik. Selalunya brusheh seperti kerawang memang cukup popular. Efek-efek kerawang ni selalu kita nampak terutamanya dalam photo wedding. Banyak lagi sebenarnya efek-efek yang menarik dan tak semestinya kerawang je, efek ray of light pun sebenarnya kita boleh buat hanya dengan menggunakan brusheh. Di sini di senaraikan beberapa web yang menyediakan brusheh secara free  photoshop brusheh,myphotoshopbrusheh. Download brusheh yang korang minat lepas tu simpan dalam folder yang mudah untuk di cari.
Step 2 :
Open photoshop then click icon brush tool pada sebelah kiri
selepas itu click pada bahagian yang telah ditandakan pada bahagia merah tersebut step by step, kemudian upload folder brusheh yang telah korang download tadi dan jangan lupa extract dulu.
Step 3 :
Selepas proses upload brusheh selesai, apa lagi buat la experiment pada mana-mana gambar korang, kalau nak buat pada white page pun takpe, practice buat doddle pun orait gak, practice make perfect ok.
Aku sebenarnya tak berapa suka tengok gambar terutamanya gambar wedding yang banyak sangat kerawang, macam bodoh je. Kerawang-kerawang ni perlu diletak mengikut kesesuaian , jangan jadi kan gambar tu semak sangat dan apa yang kita nak sampaikan melalui gambar tu yang lebih penting.
Semoga tutorial kali ini memberi manfaat pada semua, sebarang comment amat lah dialu-alukan, have a nice day semua.

Editing Ala HDR


Tutorial kali ini adalah editing ala HDR ni bukan HDR tapi orang yang ajar cakap ni ala HDR, malu lah nak cakap saya ni bukan pandai photoshop. Jom kita try jadi ka tidak hey ho lets go.

STEP 1 :

Buka gambar yang hendak di edit terlebih dahulu dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS
Nur Alisya Asyura

STEP 2 :

Select Image > Adjustment > Shadow/Highlight, kemudian set kan nilai shadow dengan nilai 50% dan highlight dengan nilai 53% lepas itu klik OK

STEP 3 :

Duplicate layer background

STEP 4 :

Select Image > Adjustment > Desaturate ( Shift+Ctrl+U )

STEP 5 :

Di bahagian Layer tukar mode Normal kepada Hard Light

STEP 6 :

Done!!! yeay…

Gambar dibawah ini adalah beberapa contoh sebelum dan selepas di edit. Mungkin ia tidak sama dengan penghasilan HDR bagi aku selagi gambar itu cantik dan menarik tak salah untuk kita mencuba.

BEFORE & AFTER

BEFORE & AFTER

BEFORE & AFTER

Proses mengedit agak mudah untuk dilakukan, thanks , have a nice day semua.
p.s : kalau suka click button LIKE ok