Tuesday 20 March 2012

PENCAHAYAAN KREATIF.


PENCAHAYAAN KREATIF.

Cahaya memainkan peranan yang sgt penting dalam fotografi, tanpa cahaya tiada fotografi, kerana maksud fotografi itu sendiri adalah seni merakam cahaya.
Imej yang bermakna bergantung kepada sumber cahaya. Jika tersalah expose mungkin gambar menjadi cerah atau underexposed. Penilaian dalam menentukan exposure byk bergantung kepada subject utama.
Cahaya secara asa terbahagi kepada 2, iaitu;
1. Cahaya Natural
2. Cahaya Artificial
Natural Light mempunyai kekuatannya yang tersendiri, kerana ia boleh menonjolkan mood pada subject utama.. Natural Light mempunyai suhu cahayanya yang tersendiri.. moodnya boleh bertukar mengikut mesej yang ingin disampaikan.
Bayangkan jika kita ingin memotret subject dibawah lampu lilin 3000K, suatu suasana yang benar2 hangat… dan warna yang kekuningan… mood ini mudah kita capai untuk menjelaskan suasana sekeliling… tiba2, kita dimatikan dengan kilauan flash (5500K) yang mematikan semua mood, menghilangkan suasana yang hangat… dan menghasilkan bayang2 yang harsh.. errghhh….. potong stim….
Mengawal natural light juga merupakan suatu seni, dan bukan mudah untuk mengawalnya.. tetapi jika kita boleh mengawalnya, ia merupakan suatu kebolehan yang mmg lumayan… kita tidak perlu berbelanja banyak.

Photo taken by Artificial Light, Canon G11, ISO100 1/125s f/4.5, 1 unit Artificial Light with relector.Photo taken by Artificial Light, Canon G11, ISO100 1/125s f/4.5, 1 unit Artificial Light with relector. 
Jika mengawal cahaya natural mmg susah. jadi apa yang mudah??? persoalan ni ramai yang bertanya… he he he.. yang mudah adalah menggunakan artificial light…. tetapi pastinya perbelanjaan peralatannya mungkin agak mahal… artificial light membenarkan kita membuat setting yang kita suka… kita boleh mengawal punca dimana cahaya itu hendak di letakkan… kita boleh mengawal kekuatan cahayanya.. kita boleh mengawal lembut atau kasarnya cahaya tersebut.. dan sebagainya…