Friday 16 March 2012

Bermain Dengan Layer


Jom kita bermain dengan layer atau lapisan dalam photoshop. Macam biasa aku D.I.Y sendiri kalau salah pun aku tak kesah janji dapat satu pic yang lain dari yang lain, okey jom kita cuba buat.

Step 1 :

Buka fail atau gambar yang ingin di edit, aku cuba bagi satu sentuhan baru pada gambar di bawah ini.

Step 2 :

Cari satu gambar yang bersesuaian untuk dimasuk dan di cantumkan dengan gambar yang ingin diedit. Aku telah google dan memilih pic bokeh untuk dimasukkan ke dalam layer baru yang akan kita buat nanti.

Step 3 :

Buat satu layer baru select Shift+Ctrl N

Step 4 :

Buka file bokeh tadi select all dan copy

Step 5 :

Selepas itu paste kan pic bokeh tersebut diatas layer baru yang telah dibuat tadi

Step 6 :

Laraskan nilai Opacity dengan nilai 45%

Step 7 :

Tukar Normal kepada Soft Light di bahagian box bersebelahan dengan box opacity tadi

Step 8 :

Langkah yang terakhir selepas Normal ditukar kepada Soft Light laraskan semula nilaiopacity kepada nila 100%.  Anda juga boleh menambah baik kan lagi nilai kecerahan dengan melakukan sedikit adjustment dibahagian Brightness/Contrast
Okey siap sudah simple je kan, bila aku fikir balik baru aku sedar yang aku sebenarnya banyak belajar dari mata. Betul lah apa yang brother kukubesi cakapkan dalam notesnya di facebook belajar melalui mata, aku sebenarnya takde belajar dari sesiapa pun pasal photoshop ni just explore sendiri je. Dengan melihat hasil karya orang lain aku dapat belajar sesuatu, semoga tutorial kali ini memberi manfaat pada kalian semua have a nice day :)

No comments:

Post a Comment